
|
D'Boss! ![]() ![]() ![]() Gratisan Musik Scream! ![]() Credits!
| Pengalaman paling pahit
Kisah benar dan bukan main-main Pada petang yang keheningan, burung mula berkicauan. Aku dan keluargaku keluar pergi membeli barang-barang yang diperlukan. Pendekkan cerita je la senang. Bila time nak balik, time tu hujan, ayah aku nak tukar tempat parking, bagi teduh sikit nak masuk. Bawah tu ada kucing, takde sape perasan. Jadi, ayah aku terlenyek kucing tu. Oh, kesian gila aku tengok kucing tu. :'( -REAL STORY- Ni pulak cerita yang aku nak ceritakan Kejadian ini terjadi pada 5 Januari 2013 pukul 3:45 petang Aku dan 2 orang rakanku (Muhaimin & Syafiq) sedang membuat jadual waktu kelasku di kelasku. Sedang kami membuatnya, aku ingin ke tandas untuk membuang hajat. Sesudah aku menekan dan menekan, mesti la keluar dari tandas. Takkan nak tidur kat sana kot. Lepas aku keluar, apa yang ku sedari, wallet aku dah tiada. Sangkaan aku ialah aku meletaknya di kelas aku. Sangkaanku salah. Oleh itu, aku teruskan pencarianku seperti Sherlock Holmes dan Doctor Watson bersama 2 orang rakanku. Setelah aku mencari di setiap Dorm aspura(lelaki) iaitu dari Dorm 1 - 5. Aku membuat flashback. Di dalam kelas, aku masih ada wallet aku. Tetapi, sesudah aku keluar dari tandas, ia sudah tiada. Bermakna... Ya, ia adalah benar. Wallet aku termasuk ke dalam lubang jamban! T_T Pada saat ini rakan-rakanku masih sedang mencarinya. Pada waktu itu, aku memang mencarut sepanjang masa. Selama 5 minit aku sebut ' Apa yang aku buat, aku terpaksa. Aku ambil semuanya, memang dah berbau pun. Wallet yang berharga $5 (5 Dollar = RM25) *Sori Fatin Izzati, salah informasi* itu aku buang. Aku memang stress sungguh. Itu adalah souvenir yang sepupu aku beri pada tahun 2010. Apa yang aku buat dengan IC, TnG dan RM300 aku? Aku ambil, bawak ke Dorm (Dorm 2), aku minta kawan aku ambil gayung, isinya dengan air dan diisi dengan sabun basuh baju. Kemudian aku rendam barangku yang berbau tu, ke dalam air sabun basuh baju tersebut selama 5 minit. IC ku, aku biarkan ia kering, sama juga dengan TnG aku. Mujur TnG aku, aku masih biarkan ia di dalam sampul plastiknya seperti bagaimana aku mula-mula dapat (ibuku yang membelikannya). Bagi RM300(RM50 - 6 keping) tersebut, aku keringkan guna seterika la. Mujur juga kawan aku (Izzat Safwan) membawanya. Bau duit aku, bau duit baru. Fuh, bestnya. Itulah apa yang orang kata, "Every storm has a rainbow". Aku nak ucap terima kasih kepada Ibuku kerana membelikanku Kad TnG. ^^ Aku nak ucap terima kasih kepada Izzat Safwan kerana memberi pinjaman seterika. :D Aku nak meminta maaf kepada Nurqhairiah kerana tak ceritakan kat kau dulu. :< Aku nak meminta maaf kepada Fatin Izzati kerana memberitahu informasi yang salah. :< Inilah pengalaman pahit aku. Fuh, pahit gila... |